Home Koronavirus Lebih 3,000 kes Covid di Petaling

Lebih 3,000 kes Covid di Petaling

0
Lebih 3,000 kes Covid di Petaling

SHAH ALAM – Mukim Petaling mencatatkan kes paling tinggi Covid-19 apabila sebanyak 3,028 kes itu direkodkan setakat jam 11.59 malam Sabtu.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan jumlah ersebut merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Selangor iaitu sebanyak 8,662 kes pada hari sama.

Menurut hantaran tersebut, jumlah keseluruhan membabitkan 8,569 kes komuniti, empat kes penjara dan 89 kes Import A.

“Di mukim Petaling, daerah yang mencatatkan kes tertinggi Covid-19 ialah Petaling iaitu sebanyak 1,400 kes diikuti Damansara sebanyak 1,139 manakala Sungai Buloh mencatatkan 332 kes dan dan Bukit Raja, 156 kes,” katanya.

Tambah beliau, selain itu, mukim kedua tertinggi kes Covid-19 ialah Gombak iaitu 1,602 kes diikuti dengan Hulu Langat (1,566) dan Klang (1,271).

Dalam pada itu, JKNS turut memaklumkan beberapa mukim di Selangor terus mencatatkan bilangan kes Covid-19 di bawah 1,000 kes iaitu Kuala Langat (555), Kuala Selangor (234), Sepang (226), Hulu Selangor (106) dan Sabak Bernam (74).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here