Home Koronavirus Lebih 30 peratus populasi kanak-kanak Malaysia terima vaksin Covid-19

Lebih 30 peratus populasi kanak-kanak Malaysia terima vaksin Covid-19

0
Lebih 30 peratus populasi kanak-kanak Malaysia terima vaksin Covid-19

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,078,539 individu atau 30.4 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Malaysia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat Rabu.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 15,157,782 individu atau 64.4 peratus populasi dewasa negara pula telah menerima dos penggalak Covid-19 dan seramai 22,931,610 atau 97.5 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,208,205 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,833,876 individu atau 91.1 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,934,067 atau 94.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 62,983 dos vaksin diberikan pada Rabu meliputi 18,781 dos pertama, 1,817 dos kedua dan 42,385 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 67,935,466.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 113 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Rabu dengan Selangor mencatatkan 22 kes, diikuti Sabah (18), Johor (14), Kedah (12), Pulau Pinang (10) dan Pahang, sembilan kes.

Perak pula mencatatkan tujuh kes kematian, Negeri Sembilan (enam), Terengganu (empat), Kelantan (tiga) dan Melaka, Perlis, Sarawak, Kuala Lumpur masing-masing dua kes. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here