Home Koronavirus Lebih 23.6 juta dos vaksin Covid-19 diberikan setakat Jumaat

Lebih 23.6 juta dos vaksin Covid-19 diberikan setakat Jumaat

0
Lebih 23.6 juta dos vaksin Covid-19 diberikan setakat Jumaat

KUALA LUMPUR – Sebanyak 23,608,290 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat Jumaat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi perkongsian infografik di Twitternya memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,350,180 orang menerima suntikan dos pertama manakala 8,258,110 orang menerima dos kedua.

“Mengikut peratusan, 47 peratus daripada populasi negara telah mendapat dos pertama, manakala 25.3 peratus telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 mereka,” katanya.

Sementara itu, vaksinasi harian mencatatkan sebanyak 447,035 dos diberikan semalam dengan 187,756 adalah pemberian dos pertama manakala 259,279 lagi adalah dos kedua.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here