Home Koronavirus Lebih 159,000 kes baharu Covid-19 di India

Lebih 159,000 kes baharu Covid-19 di India

0
Lebih 159,000 kes baharu Covid-19 di India

NEW DELHI – India mencatatkan lebih 159,000 jangkitan Covid-19 baharu dalam tempoh 24 jam terakhir, lapor Agensi Anadolu menurut data Kementerian Kesihatan pada Ahad.

Kementerian itu melaporkan 159,632 jangkitan baharu, menjadikan jumlah kes keseluruhan kepada 35.5 juta. Kes kematian baharu adalah 327 menjadikan angka keseluruhan kematian berjumlah 483,790.

Ia juga menyebut kes varian Omicron mencecah 3,623.

Walaupun pegawai kesihatan berkata varian Omicron kini menjadi strain utama yang tersebar di bandar-bandar India, pakar berkata peningkatan itu menunjukkan gelombang ketiga pandemik itu.

Negeri Maharashtra Barat dan ibu negara New Delhi mendahului senarai peningkatan jangkitan baharu.

Bandar-bandar kini mengenakan sekatan tambahan untuk membendung jangkitan, termasuk perintah berkurung waktu malam.

Kementerian mengeluarkan garis panduan perjalanan baharu pada Jumaat buat pelancong yang tiba di India dan perlu menjalani kuarantin rumah selama seminggu serta melakukan ujian pada hari kelapan.

Setakat Ahad pagi, 1.51 bilion dos vaksin Covid-19 telah diberikan di negara itu.- Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here