Home Koronavirus Lebih 15.4 juta populasi dewasa terima dos penggalak

Lebih 15.4 juta populasi dewasa terima dos penggalak

0
Lebih 15.4 juta populasi dewasa terima dos penggalak

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15,425,524 individu dewasa atau 65.6 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat Khamis.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 22,940,801 atau 97.5 peratus daripada populasi sama telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,216,630 atau 98.7 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, sebanyak 1,221,990 individu atau 34.4 peratus kumpulan itu telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids).

Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,841,412 individu atau 91.3 peratus daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 2,940,403 atau 94.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksinasi harian pada Khamis menyaksikan sebanyak 46,039 dos diberikan meliputi 13,256 dos pertama; 2,166 dos kedua dan 30,617 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 68,376,641.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 86 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan pada Khamis dengan Perak tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Selangor 14 kes, Kedah (10), Melaka (lapan) dan Johor (tujuh).

Selain itu, Kelantan, Pulau Pinang, Sabah dan Terengganu masing-masing melaporkan enam kes, Negeri Sembilan (empat), Pahang (dua) manakala satu kes direkodkan di Kuala Lumpur. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here