Home Koronavirus Lebih 1.13 juta individu lengkapkan dua dos vaksin setakat Ahad

Lebih 1.13 juta individu lengkapkan dua dos vaksin setakat Ahad

0
Lebih 1.13 juta individu lengkapkan dua dos vaksin setakat Ahad

KUALA LUMPUR – Seramai 1,130,301 individu telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 di negara ini setakat Ahad, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dr Adham menerusi ciapan di akaun Twitternya pada Isnin berkata, seramai 2,444,075 individu menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini ialah 3,574,376 dos setakat semalam.

Beliau berkata, lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 145,972 dos diikuti Sarawak (119,421); Perak (105,546); Kuala Lumpur (101,822); dan Johor (98,429).

Setakat Ahad, 52.4 peratus atau 12,708,357 individu telah mendaftar untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dan Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,357,323 orang.

Mengikut perancangan, fasa kedua program itu yang bermula April hingga Ogos ini akan melibatkan pemvaksinan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya.

Fasa ketiga bermula bulan lalu hingga Februari 2022 pula melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Pada fasa pertama program yang berlangsung dari Februari hingga April lalu telah melibatkan kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan termasuk warga kesihatan menerima vaksin itu. – Bernama

Jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat 6 Jun 2021 ialah 3,574,376 dos. (+81,183 pada 6 Jun)

Jumlah yang terima dos pertama ialah 2,444,075 orang. Daripada jumlah itu, 1,130,301 orang juga telah terima dos kedua.

Daftar di MySejahtera, https://t.co/jWUzMEwwWM Tel 1800888828 pic.twitter.com/OkKa2Wl4sb

— Dr Adham Baba (@DrAdhamBaba) June 7, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here