KUALA LUMPUR – Penganjuran sambutan Tahun Baharu secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Bagaimanapun, beliau berkata, sambutan Tahun Baharu dan Krismas secara kecil-kecilan dan persendirian dibenarkan buat masa ini dengan syarat, pengunjung perlu melakukan ujian pengesanan Covid-19 sebelum menghadiri sambutan tersebut.
“Penganjuran sambutan Tahun Baharu secara besar-besaran adalah tidak dibenarkan.
“Tetapi buat masa ini sambutan Tahun Baharu dan Krismas bersama keluarga dan rakan-rakan adalah dibenarkan, katanya katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Khamis.