Home Koronavirus Lapor keputusan ujian kendiri Covid-19 di MySejahtera: Khairy

Lapor keputusan ujian kendiri Covid-19 di MySejahtera: Khairy

Lapor keputusan ujian kendiri Covid-19 di MySejahtera: Khairy

SHAH ALAM – Rakyat Malaysia diminta supaya terus membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk melaksanakan pengawasan terhadap penularan Covid-19 dengan melaporkan hasil ujian kendiri yang dilakukan di aplikasi MySejahtera.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, fasa peralihan negara ke endemik menyebabkan lebih ramai yang membuat ujian RTK kendiri manakala pelaksanaan ujian makmal pula akan semakin berkurangan.

“Sangat penting keputusan ujian kendiri sama ada positif atau negatif untuk dilaporkan melalui MySejahtera.

“TRIIS (lakukan uji, lapor, asingkan, maklumkan, dapatkan rawatan segera) masih penting,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Ahad.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, individu yang diberikan arahan pemantauan di rumah (HSO) dan mempunyai status risiko merah juga perlu terus mengasingkan diri di rumah dan tidak keluar dari kediaman.

“Walaupun masih dikuatkuasakan, kita perlu juga jujur untuk melaporkan keputusan positif dan tidak memudaratkan orang lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, menerusi ciapan berasingan, Khairy turut mengingatkan orang ramai bahawa kelonggaran mula dilaksanakan pada Ahad itu hanya akan berjaya sekiranya masyarakat mempunyai solidariti komuniti dan tanggungjawab individu.

“Walaupun pelitup muka tidak diwajibkan di kawasan terbuka, ia masih disarankan di tempat terbuka yang sesak. Di kawasan tertutup masih wajib. Perlu bertimbang rasa,” ujarnya.

Selain tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan terbuka, kelonggaran lain mula dilaksanakan di dalam negara bermula 1 Mei 2022 ialah pemansuhan amalan penjarakan fizikal dan keperluan mengimbas kod QR MySejahtera.

Terus bantu @KKMPutrajaya melaksanakan survelens ke atas COVID-19. Sekarang ujian makmal semakin kurang dengan fasa peralihan. Lebih ramai buat ujian RTK kendiri.

Sangat penting keputusan ujian kendiri (+ve ATAU -ve) dilapor via @my_sejahtera. #TRIIS is still important. pic.twitter.com/OLmmepYU3I

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) May 1, 2022

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here