Home Koronavirus Lapan negeri catat penggunaan kapasiti katil ICU lebih 50 peratus

Lapan negeri catat penggunaan kapasiti katil ICU lebih 50 peratus

0
Lapan negeri catat penggunaan kapasiti katil ICU lebih 50 peratus

SHAH ALAM – Penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital membabitkan pesakit Covid-19 di lapan negeri mencatatkan kapasiti melebihi 50 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil bukan ICU hospital di 12 negeri turut mencatatkan kapasiti sama.

“Bagi katil ICU melibatkan pesakit Covid-19 di hospital Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan penggunaan kapasiti tertinggi iaitu 67 peratus diikuti Kuala Lumpur (65 peratus) serta Melaka (63 peratus) manakala katil ICU di Kelantan pula mencapai 58 peratus, Perlis dan Selangor (55 peratus) serta Sabah (53 peratus).

“Katil bukan ICU bagi Kelantan (94 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (95 Peratus), Perak (90 peratus), Wilayah Persekutuan Putrajaya (86 peratus), dan Selangor (81 peratus) manakala katil bukan ICU di hospital Perlis mencatatkan kapasiti penggunaan sebanyak 78 peratus, diikuti Pahang (73 peratus), Johor (66 peratus), Terengganu (62 peratus), Pulau Pinang (60 peratus), Sabah (54 peratus) dan Sarawak (52 peratus),” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, beliau berkata, bagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), hanya Melaka mencatatkan penggunaan lebih 50 peratus iaitu sebanyak 60 peratus.

Pada masa sama katanya, kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 pada jangkaan mengikut kes seharian pada Selasa untuk seluruh negara adalah 1.02.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here