Home Koronavirus Lagi rumah panjang di Sarawak kena PKPD

Lagi rumah panjang di Sarawak kena PKPD

0
Lagi rumah panjang di Sarawak kena PKPD

KUCHING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada Jumaat memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di negeri ini susulan peningkatan kes positif Covid-19.

JPBNS menerusi kenyataan memaklumkan ia membabitkan Rumah Panjang (Rh.) Robert Sungai Merudu, Sarikei, bermula hari ini hingga 18 Jun manakala Rh. Jack di Lichock, Betong dan Rh. Ulin, Teberu, Spaoh bermula Sabtu hingga 19 Jun.

“PKPD di Rh. Jali, Sungai Maong, Machan, Kanowit pula dilanjutkan hingga 12 Jun,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPBNS, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu kluster baharu iaitu Kluster Jalan Muara di Kuching yang dicetuskan seorang pekerja premis sarang burung selepas mendapat jangkitan daripada komuniti dan kemudian menjangkiti rakan sekerjanya di premis perniagaan sarang burung itu.

Seramai 108 individu telah disaring dengan 15 kes daripadanya dikesan positif Covid-19 termasuk kes indeks, 60 kes didapati negatif manakala 33 kes masih menunggu keputusan makmal.

Sebanyak 77 kluster masih aktif di Sarawak dengan 11 daripadanya merekodkan 39 penambahan kes baharu.

Sarawak hari ini mencatatkan 706 kes jangkitan baharu Covid-10 dengan 395 daripadanya dikesan di daerah Kuching, Sibu dan Miri, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 49,920 selain lima kematian baharu. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here