Home Koronavirus Lagi 34 kematian baharu Covid-19 direkodkan

Lagi 34 kematian baharu Covid-19 direkodkan

0
Lagi 34 kematian baharu Covid-19 direkodkan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 34 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kepada 31,462 orang, daripada 2.74 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 11 daripada 34 kes kematian yang dilaporkan, berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here