Home Koronavirus Lagi 19 kematian baharu Covid-19 direkodkan

Lagi 19 kematian baharu Covid-19 direkodkan

0
Lagi 19 kematian baharu Covid-19 direkodkan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 19 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 31,781 orang, daripada 2.8 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 6 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.

Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.

Sementara itu, terdapat 40,785 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 33,214 individu atau 81.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 4,100 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 3,278 kes dirawat di hospital dan 193 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 103 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 90 lagi memerlukan mesin ventilator. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here