Home Koronavirus Labuan rekod kadar kebolehjangkitan tertinggi, lepasi Rt negara

Labuan rekod kadar kebolehjangkitan tertinggi, lepasi Rt negara

Labuan rekod kadar kebolehjangkitan tertinggi, lepasi Rt negara

PUTRAJAYA – Labuan merekodkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (Rt) tertinggi dan melepasi Rt negara iaitu 1.76 mengikut jangkaan kes harian pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, nilai Rt bagi Malaysia adalah 1.21.

“Ia diikuti oleh Perlis dengan nilai Rt 1.58, Terengganu (1.3), Negeri Sembilan (1.3), Pahang (1.27) dan Perak (1.25) serta Melaka (1.25),” katanya menerusi laman Facebooknya pada Isnin.

Menurut beliau, Kedah merekodkan nilai Rt 1.23, Putrajaya (1.17), Sabah (1.16), Johor (1.14) dan Kelantan (1.11).

“Kuala Lumpur merekodkan (1.09) dan Sarawak pula (1.04),” katanya.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), nilai Rt negara pada Sabtu adalah 1.18.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here