Home Koronavirus KPKT wujud pusat panggilan hubungi individu gagal hadir janji temu

KPKT wujud pusat panggilan hubungi individu gagal hadir janji temu

0
KPKT wujud pusat panggilan hubungi individu gagal hadir janji temu

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mewujudkan satu ekosistem sokongan bagi membantu kelancaran program vaksinasi yang antara lain turut meliputi pewujudan pusat panggilan bagi menghubungi mereka yang tidak datang janji temu vaksinasi.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, inisiatif dengan kerjasama Penggerak Komuniti Negara dan Kementerian Perpaduan itu telah dimulakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Orang Ramai Kampung Ampang Indah, Ampang sejak Selasa lepas, yang seramai tujuh operator telefon telah dilatih bagi tujuan itu.

Jelasnya, menerusi projek rintis berkenaan, seramai 177 individu terdiri daripada tiga kategori iaitu individu yang telah mendapat tarikh janji temu di aplikasi MySejahtera tetapi tidak memberikan maklum balas, individu yang tidak datang suntikan kedua serta individu yang tidak datang suntikan pertama telah pun dihubungi.

“Saya dapat laporan menyatakan hampir 100 peratus iaitu 97 peratus mereka yang terima panggilan ini memberi maklum balas bahawa mereka akan datang.

“Ini menunjukkan bahawa pusat panggilan ini beroperasi dengan amat baik bagi memastikan mereka yang mungkin lalai atau tidak dapat maklumat untuk datang ke PPV selain membantu kurangkan beban petugas barisan hadapan di PPV,” katanya selepas meninjau PPV Dewan Orang Ramai Kampung Ampang Indah di sini pada Sabtu. – Bernama

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here