Home Koronavirus Korban Covid-19 di AS lebih tinggi, cecah 900,000

Korban Covid-19 di AS lebih tinggi, cecah 900,000

0
Korban Covid-19 di AS lebih tinggi, cecah 900,000

WASHINGTON – Pakar penyakit berjangkit terkemuka Amerika Syarikat (AS), Anthony Fauci mengatakan jumlah kematian Covid-19 di AS adalah lebih ramai berbanding angka yang dilaporkan secara rasmi, lapor Sputnik.

“Kadang-kadang kiraannya tepat, kadang-kadang tidak,” kata Fauci yang juga Pengarah Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Negara, di “Meet the Press” NBC pada Ahad.

Menurut Universiti Johns Hopkins, terdapat lebih 581,700 kematian akibat Covid-19 di AS.

Sementara itu, Fauci berkata, AS mungkin telah “tersalah kira” dan jumlahnya lebih tinggi.

Fauci memetik analisis 6 Mei dari Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan Washington (IHME), menunjukkan angka kematian Covid-19 kira-kira 900,000.

Sejak pandemik global bermula Mac 2020, AS muncul negara paling teruk diancam berbanding negara lain, dengan lebih 32.7 juta rakyatnya telah dijangkiti.

Bulan lalu, Fauci memberi amaran AS berada di ambang gelombang jangkitan baharu berpunca daripada sikap rakyat AS yang mengambil mudah pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial kerana beranggapan negara itu telah melepasi sasaran vaksinasi. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here