Home Koronavirus Kompaun RM10,000 hanya kepada individu ulang kesalahan ingkar PKP

Kompaun RM10,000 hanya kepada individu ulang kesalahan ingkar PKP

0
Kompaun RM10,000 hanya kepada individu ulang kesalahan ingkar PKP

KUALA LUMPUR – Kompaun RM10,000 terhadap individu ingkar PKP hanya kepada mereka yang lakukan kesalahan berulang dan cetus penularan Covid-19 dalam komuniti, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Terdahulu laman Pejabat Peguam Negara memaklumkan orang ramai yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun sehingga RM10,000 berkuat kuasa 11 Mac.

Bagi syarikat yang didapati melakukan kesalahan yang sama pula boleh dikompaun sebanyak RM50,000.

Menurut laman tersebut, perkara itu telah diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here