Home Koronavirus Kluster Gong Kulim dipercayai berpunca dari satu perhimpunan

Kluster Gong Kulim dipercayai berpunca dari satu perhimpunan

0
Kluster Gong Kulim dipercayai berpunca dari satu perhimpunan

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan negeri Kelantan mengakui Kluster Gong Kulim yang dilaporkan di negeri ini pada Sabtu berpunca daripada satu program perhimpunan yang diadakan di sebuah negeri di pantai timur.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kluster itu dilaporkan melibatkan penduduk di sebuah kawasan di daerah Pasir Puteh.

“Bagaimanapun maklumat lanjut mengenai perkara itu tidak boleh didedahkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2021 di Auditorium Kompleks Rawatan Harian Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini pada Ahad.

Turut hadir, Pengarah HRPZ II, Datuk Dr Selasawati Ghazali.

Mengikut rekod, Kelantan mencatatkan sebanyak 123 kes positif Covid-19 pada Sabtu dan pertambahan satu kluster baharu iaitu Kluster Gong Kulim di Pasir Puteh.

Seramai 25 orang dari kluster Gong Kulim positif Covid-19 dengan penularan kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Gong Kulim.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai faktor yang menyebabkan peningkatan kes di negeri ini sejak minggu lalu, Dr Zaini berkata, antara faktor tertinggi ialah melibatkan aktiviti berkumpulani majlis keramaian dan program yang berlangsung dengan tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

“Majlis keramaian yang kita rasa perlu dilihat balik ialah majlis perkahwinan, tahlil dan kenduri. Bukan sebab majlis itu tapi prosedur operasi standard (SOP) yang mungkin agak longgar sehingga mereka mudah dijangkiti.

“Sebelum ini kita menunjukkan angka penurunan sedikit namun mungkin disebabkan lalai menjaga SOP, kes semakin bertambah.

“Kerisauan kita ialah berdepan Ramadan dan ada pula kebenaran pembukaan bazar Ramadan dan sesi sekolah. Inilah kerisauan kita sekarang ini,”katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here