Home Koronavirus KKMM mohon pengamal media diberi keutamaan suntik vaksin fasa kedua

KKMM mohon pengamal media diberi keutamaan suntik vaksin fasa kedua

0
KKMM mohon pengamal media diberi keutamaan suntik vaksin fasa kedua

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah mengemukakan permohonan agar pengamal media diberikan keutamaan untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 dalam fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, beliau telah meminta agar suntikan vaksin Covid-19 kepada pengamal media disegerakan kerana media juga adalah petugas barisan hadapan.

“Saya tangguhkan (suntikan) vaksin sebab ingin terima vaksin bersama-sama media. Bila saya dapat, media dapat dalam fasa kedua. Insya-ALLAH…kita telah minta supaya disegerakan sebab media juga ‘frontliners’ (petugas barisan hadapan),” katanya pada sidang akhbar di sini pada Ahad.

Fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang memberi keutamaan kepada warga emas, orang kurang upaya dan golongan berpenyakit kronik akan bermula esok di lapan negeri iaitu Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Pahang, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Labuan. – Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas diberi vaksin Sinovac mulai minggu depan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here