Home Koronavirus KKM telus, maklumkan jika ada kes kematian disebabkan vaksin

KKM telus, maklumkan jika ada kes kematian disebabkan vaksin

0
KKM telus, maklumkan jika ada kes kematian disebabkan vaksin

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan telus dan memaklumkan kepada rakyat sekiranya terdapat kes kematian disebabkan vaksin atau dos penggalak Covid-19.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, setakat ini tiada kematian yang dikaitkan secara langsung dengan vaksin dengan disahkan tiga jawatankuasa.

Ia melibatkan Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin Covid-19, Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin Covid-19 dan Jawatankuasa Teknikal Perubatan.

Beliau berkata, perkongsian laporan bedah siasat kematian Ketua Penolong Pengarah Kanan Ibu Pejabat KKM, Dr Chai Koh Meow menunjukkan kementerian tidak menyembunyikan sebarang maklumat kepada umum.

Khairy berkata demikian dalam sidang media perkembangan Covid-19 yang turut dihadiri Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, KKM mendapat kebenaran keluarga mendiang Dr Koh Meow untuk berkongsi dapatan laporan bedah siasat berkenaan.

“Hasil itu menyatakan sebab kematian mendiang Dr Koh Meow ialah Hemopericardium akibat penyakit jantung koronari dan myocardial infarction,” katanya.

Dr Koh Meow meninggal dunia pada 17 November lepas dan kematian beliau dikaitkan dengan dos penggalak yang diterima pada 9 November. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here