Home Koronavirus KKM tambah 412 PPV PICKids secara walk-in

KKM tambah 412 PPV PICKids secara walk-in

0
KKM tambah 412 PPV PICKids secara walk-in

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menambah 412 pusat pemberian vaksin (PPV) untuk melaksanakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids).

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dalam kenyataan berkata, ia memudahkan ibu bapa untuk mendapatkan vaksinasi untuk anak mereka secara walk-in memandangkan cuti sekolah yang bermula pada 26 Februari.

“Semasa cuti sekolah ini, ibu bapa yang belum mempunyai janji temu vaksinasi untuk anak-anak berusia lima hingga bawah 12 tahun digalakkan membawa anak ke PPV berdekatan secara walk-in untuk menerima vaksinasi.

“Sekiranya kuota vaksinasi untuk kanak-kanak pada hari tersebut telah habis di PPV yang dihadiri, ibu bapa boleh memilih untuk datang semula PPV tersebut pada keesokan hari atau boleh mendaftarkan anak untuk dapatkan slot vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera,” katanya pada Khamis.

Jelas beliau, ibu bapa yang mendaftarkan anak untuk menerima vaksin akan menerima pautan tempahan janji temu melalui MySejahtera.

“Melalui pautan ini, mereka boleh memilih tarikh dan lokasi vaksinasi mengikut kesesuaian waktu ibu bapa atau penjaga,” ujarnya.

Tambah beliau, PICKids berusia lima hingga bawah 12 tahun telah bermula sejak 3 Februari 2022 dan sehingga 1 Mac 2022, seramai 904,368 orang (25.5 peratus) kanak-kanak telah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

“Pelaksanaan PICKids secara walk-in pula telah bermula pada 1 Mac 2022 di beberapa PPV di Lembah Klang iaitu PPV World Trade Centre (WTC), PPV Axiata, PPV IDCC dan PPV Soka Gakkai,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here