Home Koronavirus KKM siasat kejadian remaja lelaki longlai selepas suntik vaksin

KKM siasat kejadian remaja lelaki longlai selepas suntik vaksin

KKM siasat kejadian remaja lelaki longlai selepas suntik vaksin

PUTRAJAYA – Satu rakaman video berhubung seorang remaja lelaki longlai dipercayai selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 30 saat itu memaparkan remaja lelaki terpaksa dipapah di kawasan parkir sebelum dibawa masuk semula ke tempat suntikan oleh seorang lelaki dewasa dan anggota Rela.

Menerusi tangkap layar berasingan, kejadian itu didakwa berlaku di Encore Mall, Klebang, Melaka pada Khamis sebelum rakamannya tular sekitar jam 2 petang.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam reaksi segera sedang menyiasat kejadian tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here