Home Koronavirus KKM sedia peranti ujian kendiri kepada ahli Parlimen, pegawai

KKM sedia peranti ujian kendiri kepada ahli Parlimen, pegawai

0
KKM sedia peranti ujian kendiri kepada ahli Parlimen, pegawai

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan peranti ujian kendiri (Rapid Antigen test) yang menggunakan air liur bagi saringan Covid-19 kepada semua ahli Parlimen yang menghadiri Mesyuarat Khas Dewan Rakyat.

Menerusi pemakluman pada sesi perbahasan pada Isnin, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, selain ahli Parlimen, kemudahan itu turut diberikan kepada pegawai-pegawai serta semua yang hadir pada persidangan itu.

“Terima kasih saya rakamkan kepada Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah,” katanya.

Mohd Rashid berkata, mereka yang ingin membuat ujian itu perlu menghubungi klinik Parlimen. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here