Home Koronavirus KKM sahkan anak Khairy terima vaksin Pfizer

KKM sahkan anak Khairy terima vaksin Pfizer

0
KKM sahkan anak Khairy terima vaksin Pfizer

KOTA BHARU – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan anak bongsu Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerima vaksin Pfizer menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) pada Isnin.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, dakwaan pihak tertentu yang tular mengatakan cecair vaksin di dalam picagari dibuang terlebih dahulu sebelum suntikan diberikan kepada kanak-kanak itu adalah tidak benar.

Katanya, KKM tidak boleh menipu namun ada saja pihak yang sentiasa mencari salah.

“Saya tengok video yang ditunjukkan oleh Khairy, anaknya memang disuntik, kalau ada yang tak percaya, boleh panggil individu yang memberikan suntikan.

“Khairy menerima vaksin, anak dia pun menerima vaksin. Saya mengesahkannya, mana boleh KKM menipu,” katanya pada sidang akhbar selepas Lawatan Kerja sempena PICKids di negeri ini pada Rabu.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin dan Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Datuk Dr Selasawati Ghazali.

Ujar Dr Noor Azmi, pihak KKM bagaimanapun akan memperhalusi video berkenaan bagi mendapatkan kepastian berhubung dakwaan yang tular.

“Kami akan buat siasatan dan esok saya akan merujuk Menteri Kesihatan berhubung perkara ini.

“Jika betul disunting, maka KKM akan ambik tindakan,” katanya.

Sebelum ini, tular video berdurasi 17 saat sejak beberapa hari lalu memaparkan seorang jururawat didakwa membuang cecair vaksin terlebih dahulu sebelum melakukan suntikan terhadap anak bongsu Khairy.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here