Home Koronavirus KKM nafi keluarkan kad vaksinasi

KKM nafi keluarkan kad vaksinasi

0
KKM nafi keluarkan kad vaksinasi

KUALA LUMPUR – Laporan berita yang mendakwa bahawa terdapat kad vaksinasi dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah tidak benar.

Dalam satu kenyataan KKM menjelaskan, kad vaksinasi dan QR code yang digunakan dalam sidang media pada 17 Mac hanya sampel rekabentuk kad vaksinasi untuk ditunjukkan kepada wartawan dan jurugambar.

Jelas kenyataan itu, KKM juga tidak membuat sebarang perolehan kepada mana-mana pihak atau syarikat berhubung pengeluaran kad vaksinasi itu.

Sehubungan itu, KKM menyarankan mana-mana pihak agar tidak berkongsi atau menyebarkan berita tersebut kerana boleh memberi gambaran salah, seolah-olah KKM telah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk mengeluarkan kad vaksinasi.

Kenyataan itu menyebut, buat masa ini, sijil digital vaksinasi untuk mereka yang telah lengkap dua dos vaksin boleh diakses menerusi aplikasi MySejahtera.

Sebelum ini, portal Yahoo News bertajuk “QR code on “Health Minister’s vaccine badge links to random man’s SoundCloud” menyiarkan berita mengenai kad vaksinasi berkenaan.- Sumber Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here