![KKM mohon RM1.14 bilion peruntukan tambahan KKM mohon RM1.14 bilion peruntukan tambahan](https://krfwordpressstorage.blob.core.windows.net/siasatdata/2021/07/1146394-Xtf2Sx.jpeg)
![](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2021/07/27/1146394.jpg)
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) memohon bajet tambahan sebanyak RM1.14 bilion bagi menampung keperluan semasa membendung penularan jangkitan Covid-19.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, permohonan dibuat daripada Kementerian Kewangan pada 7 Julai lalu.
“Berdasarkan perkembangan semasa, terdapat keperluan untuk peruntukan tambahan. Dalam hal ini, KKM telah memohon bajet tambahan sebanyak RM1.14 bilion daripada Kementerian Kewangan pada 7 Julai 2021.
“Ia untuk ‘reagen’, ‘consumables’, peralatan pelindungan diri (PPE), penyumberluaran pesakit ke hospital swasta, ‘outsourcing’ ujian makmal dan sebagainya,” katanya pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 pada Selasa.
Beliau juga berkata, pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100 juta lagi kepada KKM bagi tujuan penyumberluaran perkhidmatan kesihatan ke hospital swasta dengan memberikan keutamaan kepada kes-kes di Lembah Klang.
“Penyumberluaran bagi kes selain daripada Covid-19 ini bertujuan meningkatkan kapasiti hospital awam bagi merawat kes-kes Covid-19,” katanya.