Home Koronavirus KKM kenal pasti lima kluster baharu

KKM kenal pasti lima kluster baharu

0
KKM kenal pasti lima kluster baharu

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lima lagi kluster baharu pada Ahad.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kluster baharu itu, empat membabitkan tempat kerja dan satu kluster komuniti.

“Empat kluster baharu tempat kerja itu membabitkan Bukit Tambun di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, Tapak Bina Jalan You City, Hulu Langat, Selangor, Jalan Permas Baru, Johor Bahru, Johor dan Jalan Gemilang Tiga, Johor Bahru dan Kota Tinggi, Johor.

“Bagi kluster komuniti pula adalah D Gana, Keningau, Sabah yang merekod 20 kes positif Covid-19 setakat Sabtu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham turut memaklumkan 10 kluster ditamatkan.

“10 kluster yang ditamatkan itu terdiri Jalan Pandan Ria di Johor, Tapak Bina Kasia, Negeri Sembilan, Lot Satu, Sabah, Jalan Kancil Waha, Johor dan Wawasan Kulai, Johor.

“Selain itu, kluster Jalan Pelepas Empat, Johor, Jalan Industri Dua Belas, Selangor, Jalan Badak, Perak, Jalan Sungai Rasa, Selangor dan Sebangkoi, Sarawak,” katanya.

Jelasnya, ia menjadikan jumlah kumulatif kluster yang ditamatkan meningkat kepada 881.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here