Home Koronavirus KKM kaji jadikan dos penggalak syarat lengkap vaksinasi

KKM kaji jadikan dos penggalak syarat lengkap vaksinasi

0
KKM kaji jadikan dos penggalak syarat lengkap vaksinasi

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji untuk menjadikan dos penggalak sebagai syarat bagi menjadikan status seseorang kepada lengkap vaksinasi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini kerana terdapat negara telah melakukan perkara tersebut disebabkan jumlah kes, kematian dan kadar kemasukan ke hospital meningkat.

“Buat masa ini, kerajaan masih lagi iktiraf penerimaan dua dos bagi AstraZeneca, Pfizer dan Sinovac sebagai vaksinasi lengkap.

“Kita sedang kaji pengalaman di negara-negara lain.

Ada negara yang buat keputusan bahawa dos penggalak ini diperlukan untuk seseorang dikategorikan sebagai penerima vaksinasi lengkap.

“Kita masih lagi belum buat ketetapan dasar, tetapi berdasarkan perkembangan di negara lain, mungkin ke arah itu.

Maksudnya takrifan vaksin lengkap mesti dengan dos penggalak,” katanya semasa program Agenda Awani yang bertajuk Vaksin Covid-19: Dos penggalak Jadi Perisai pada Ahad.

Mengulas lanjut, Khairy mendedahkan bahawa ancaman terbesar bagi menjayakan dos penggalak adalah daripada maklumat palsu yang disebarkan dalam kumpulan WhatsApp golongan warga emas.

“Mak saya sendiri apabila mahu terima dos penggalak, terima macam-macam mesej. Banyak berita palsu yang disebarkan,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here