Home Koronavirus KKM cadang PKP di Selangor, KL, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak

KKM cadang PKP di Selangor, KL, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak

0
KKM cadang PKP di Selangor, KL, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negeri-negeri membabitkan kes Covid-19 tinggi bagi mengekang penyebaran wabak tersebut.

Menurut laporan The Coverage, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, cadangan itu berikutan kes melebihi angka 3,000 bagi tempoh tiga hari berturut-turut dan tidak menunjukkan penurunan.

Beliau berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan pelaksanaan PKP di Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Sarawak.

“KKM telah menyarankan kepada kerajaan negeri, pusat dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melaksanakan PKP setelah penilaian risiko menyeluruh dengan mengambil kira beberapa petunjuk utama.

“Perkara ini sedang dibahaskan secara mendalam dan pengumuman (mengenai pelaksanaan PKP) akan diumumkan segera,” katanya pada Sabtu.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu mengenakan PKP secara menyeluruh di negara ini tetapi dilaksanakan berdasarkan rekod kes jangkitan Covid-19.

Jelasnya, perincian mengenai prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang terlibat dengan PKP dan jangka masa akan diumumkan.

“Selain itu bazar Ramadan di negeri yang terlibat dengan PKP perluditutup untuk mengelakkan penyebaran Covid-19.

“Kami melihat mekanisme dan pelaksanaannya seperti kesesuaian pekerja bekerja di rumah dan jenis perniagaan yang dibenarkan beroperasi,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Jumaat memberitahu, negara mencatatkan 3,788 kes baharu, sementara 3,142 pada Rabu dan 3,332 kes pada Khamis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here