Home Koronavirus KKM akan lebih telus berhubung data Covid-19

KKM akan lebih telus berhubung data Covid-19

0
KKM akan lebih telus berhubung data Covid-19

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat ketetapan untuk meningkatkan tahap ketelusan kementerian itu dalam mengeluarkan data dan maklumat tambahan kepada orang ramai berhubung Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia bertujuan untuk memastikan tiada lagi dakwaan bahawa kementerian berkenaan merahsiakan data yang diperoleh.

“Kita akan mula mengeluarkan pelbagai data secara terperinci bermula pada minggu hadapan dan ini adalah ‘granular data’ yang akan kita sediakan secara terbuka kepada semua untuk melihat lebih daripada data-data yang telah kita bekalkan selama ini.

“Ia penting bagi mewujudkan kepercayaan orang ramai kepada kerajaan, malah tiada lagi unsur kerahsiaan atau pemalsuan maklumat,,” katanya menerusi sidang akhbar secara dalam talian pada Rabu.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan juga Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here