PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) campur tangan dalam isu diskriminasi terhadap jenis vaksin yang digunakan di Malaysia.
Ujar beliau, sesetengah negara menetapkan bahawa hanya individu yang menerima vaksin tertentu sahaja diberikan pengecualian daripada melakukan ujian pengesanan Covid-19 sebelum berlepas, menjalani kuarantin setelah tiba di negara berkenaan dan sebagainya.
“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana penting untuk kita faham bahawa vaksin melindungi individu daripada risiko mendapat jangkitan yang lebih teruk serta mengurangkan gejala-gejala penyakit,” katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya pada Jumaat.
AKAN MENYUSUL