Home Koronavirus ‘Kita perlu bersedia hadapi keadaan terburuk’: Dr Noor Hisham

‘Kita perlu bersedia hadapi keadaan terburuk’: Dr Noor Hisham

0
‘Kita perlu bersedia hadapi keadaan terburuk’: Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menggesa orang ramai agar bersedia untuk menghadapi gelombang Covid-19 terburuk, berikutan trend terkini peningkatan graf jangkitan Covid-19 di negara ini.

“Peningkatan kes bermula sejak 1 April dan boleh mencetuskan lonjakan menegak. Kita perlu membuat persediaan untuk menghadapi keadaan terburuk. Tolong bantu kami untuk duduk di rumah. Jika kita bekerjasama, kita boleh memutuskan rantai jangkitan,” katanya menerusi akaun Twitter rasmi pada Selasa.

Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai agar duduk di rumah dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sekiranya berlaku kecemasan atau hadir ke tempat kerja.

Pada Isnin, Malaysia merekodkan 6,509 kes harian baharu Covid-19 dengan jumlah kematian tertinggi iaitu 61 kes dalam tempoh 24 jam. – Bernama

Our daily Covid-19 cases are following an exponential trend as shown by the graph below. The rise of cases started from 1 April 2021 & could trigger a vertical surge. We need to prepare for the worst. Pl help us to stay at home. Only together we can break the chain of infection. pic.twitter.com/zMSoNEt4bf

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 25, 2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here