Home Koronavirus Kilang dibenarkan jadi tempat pemberian vaksin: PM

Kilang dibenarkan jadi tempat pemberian vaksin: PM

0
Kilang dibenarkan jadi tempat pemberian vaksin: PM

BERA – Kilang-kilang terutama yang mempunyai ramai pekerja asing dibenarkan untuk mewujudkan pusat pemberian vaksin (PPV) di dalam kilang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi mengelakkan kejadian kesesakan sebagaimana yang berlaku di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur tempoh hari.

Menurut Ismail Sabri, beliau sudah memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung perkara tersebut.

“Baru-baru ini saya telah meminta Ketua Pengarah dan Ketua Setiausaha KKM supaya kilang-kilang yang mempunyai pekerja asing perlu menjadikan kilang mereka sebagai tempat pemberian vaksin.

“Jadi, mereka tidak perlu keluar atau beratur ke mana-mana kerana kita takut dengan situasi yang berlaku di Bukit Jalil sebelum ini. Rakyat pun bimbang,” katanya pada sidang akhbar ketika melawat Eksesais Para Predator Siri 1/2021 di Kampung Batu Bor di sini pada Sabtu

Ismail Sabri juga berharap agar kilang-kilang membeli vaksin sendiri bagi mempercepatkan proses vaksinasi dalam kalangan pekerja mereka.

“Kita pernah memberitahu bahawa mana-mana kilang yang lebih 80 peratus pekerjanya sudah menerima dos kedua vaksin Covid-19, boleh beroperasi.

“Saya percaya harga vaksin tidaklah terlalu mahal berbanding kerugian dialami kilang jika terus ditutup. Mereka boleh membeli vaksin dan jadikan kilang sebagai tempat pemberian vaksinasi dan ini lebih baik,” ujar beliau.

Selain itu, beliau turut meminta Dr Noor Hisham supaya memperbanyakkan PPV pandu lalu, mengambil kira kaedah berkenaan lebih mudah, tidak memerlukan kos yang tinggi untuk dilaksanakan selain penerima vaksin tidak perlu beratur bersama individu lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here