Home Koronavirus Ketua Menteri Pulau Pinang positif Covid-19

Ketua Menteri Pulau Pinang positif Covid-19

0
Ketua Menteri Pulau Pinang positif Covid-19
Chow Kon Yeow

GEORGETOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pada Selasa disahkan positif Covid-19 dan akan berehat untuk tempoh beberapa hari, kata Penasihat Khas Pelaburan Ketua Menteri, Datuk Seri Lee Kah Choon.

Kah Choon berkata, Kon Yeow perlu berehat beberapa hari sebelum boleh menjalankan tugas seperti biasa.

“Buat masa ini beliau akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti biasa, ia hanya Covid-19 normal, jadi tiada apa yang perlu terlalu dirisaukan,” katanya kepada Bernama selepas majlis pembukaan rasmi hab pengedaran rantaian bekalan baharu NI Malaysia Sdn Bhd, di sini.

Menurut Kah Choon, beliau hanya berhubung dengan Kon Yeow menerusi panggilan telefon dan mesej.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang itu dalam Facebook rasminya memaklumkan beliau telah menjalani ujian saringan kendiri Covid-19 pagi ini dan didapati positif.

Ahad lepas, Kon Yeow yang juga pengerusi DAP Pulau Pinang, telah diumumkan sebagai calon parti itu untuk Parlimen Batu Kawan bagi menggantikan penyandang, Kasthuriraani Patto, yang dilaporkan tidak akan bertanding pada PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRU15 pada 19 November, penamaan calon (5 November) manakala pengundian awal pada 15 November ini. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here