Home Koronavirus Ketatkan SOP di Kuantan, jika Covid-19 terus meningkat

Ketatkan SOP di Kuantan, jika Covid-19 terus meningkat

0
Ketatkan SOP di Kuantan, jika Covid-19 terus meningkat

KUANTAN – Kerajaan Pahang akan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) jika peningkatan jangkitan Covid-19 terus meningkat di daerah Kuantan.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah itu terpaksa diambil bagi membendung penularan pandemik Covid-19 yang sehingga kini masih belum reda.

Justeru, beliau menasihatkan rakyat Pahang patuh kepada nasihat dan panduan dikeluarkan kerajaan berkaitan SOP.

“Peningkatan kes Covid-19 di daerah Kuantan amat membimbangkan dan makluman ini saya peroleh daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang.

“Hari ini (Jumaat) sebanyak 178 kes positif baharu dilaporkan, 135 kes daripadanya melibatkan daerah Kuantan termasuk kemunculan kluster baharu tempat kerja dikenali Kluster AEON Zenith.

“Sejak 10 Mei lalu, Kuantan kembali menunjukkan bilangan kes positif baharu tertinggi di negeri ini iaitu 38 kes daripada 77 kes diikuti 40 kes daripada 85 kes pada 11 Mei; 39 kes daripada 63 kes pada 12 Mei; dan, 22 kes daripada 56 kes pada 13 Mei,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah Wan Rosdy, empat kawasan dalam daerah Kuantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) termasuk Taman Tanah Putih Baharu yang masih berkuatkuasa bermula dari 5 Mei sehingga 18 Mei ini.

Tiga kawasan lain yang pernah dikenakan PKPD telah tamat tempoh penguatkuasaannya iaitu Indera Mahkota 2; Astaka Village dan Galing.

“Segala maklumat yang diperoleh ini sangat membimbangkan saya. Sekali lagi mohon rakyat Pahang sentiasa mengikut SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here