Home Koronavirus Kes Varian Afrika Selatan di Melaka dijangkiti dari pusat hiburan

Kes Varian Afrika Selatan di Melaka dijangkiti dari pusat hiburan

0
Kes Varian Afrika Selatan di Melaka dijangkiti dari pusat hiburan

MELAKA – Kerajaan Melaka mengesahkan kes pertama membabitkan Varian Afrika Selatan atau varian Beta (B.1.351) di negeri ini dijangkiti seorang individu daripada sebuah pusat hiburan di Melaka Raya.

Exco Kesihatan dan Antidadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana setakat ini hanya individu itu dari Kluster Jalan Pokok Mangga dikesan mendapat jangkitan varian berkenaan.

Bagaimanapun katanya, individu berkenaan juga telah pulih dan situasi kluster kini terkawal.

“Kita akan terus memantau kluster ini selain lebih 60 kluster lain yang terdapat di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Yang di- Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Ali, Bukit Katil pada Sabtu.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Datuk Dr Ismail Ali.

Rahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek berkata, Jabatan Kesihatan Negeri juga akan terus melakukan pemantauan berhubung perkembangan varian berkenaan bagi memastikan ia tidak merebak dalam komuniti.

Ujar beliau, Kluster Jalan Pokok Mangga dikesan pada 22 April lalu hasil saringan individu bergejala dan kes indeks dikesan positif Covid-19 selepas berjumpa dengan kes positif dari Kuala Lumpur.

Katanya, jangkitan kemudian menular dalam kalangan kontak rapat sosial dan kontak tempat kerja membabitkan dua buah pusat hiburan di negeri ini.

“Seramai 30 individu positif Covid-19 daripada kluster itu yang dijangka tamat pada 7 Jun kerana tiada lagi kes baharu direkodkan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here