Home Koronavirus Kes tinggi di Sarawak tidak libatkan jangkitan serius: Pakar

Kes tinggi di Sarawak tidak libatkan jangkitan serius: Pakar

0
Kes tinggi di Sarawak tidak libatkan jangkitan serius: Pakar

KUALA LUMPUR- Penularan wabak Covid-19 di Sarawak tidak melibatkan kes yang serius meskipun angka jangkitan baharu yang dilaporkan di negeri itu agak tinggi sejak kebelakangan ini.

Menurut Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Malina Osman, situasi jangkitan di Sarawak juga jauh lebih baik berbanding negeri lain kerana sebahagian besar daripada kes yang dilaporkan bergejala ringan.

“Kita perlu memahami dari sudut kesemua aspek dan tidak hanya bergantung kepada angka kes positif semata-mata.

“Situasi di Sarawak kita difahamkan saringan dibuat secara meluas dan bukan hanya tertumpu kepada kontak rapat,” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.

Mengulas lanjut, Dr Malina berkata, keadaan di negeri Sarawak juga memberikan gambaran kepada fasa endemik yang bakal dilalui rakyat Malaysia.

Beliau berkata, liputan vaksinasi yang meluas sememangnya akan memberikan data kes positif yang tinggi.

Bagaimanapun, data berkenaan hanya akan melibatkan kes yang tidak serius berikutan kebanyakan mereka telah dilindungi daripada wabak.

Sarawak sebelum ini telah mencapai liputan imunisasi Covid-19 yang tinggi dalam kalangan penduduk dewasa yang layak iaitu 86.7 peratus bagi dos pertama dan 66.6 peratus dos kedua, setakat Julai. – Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here