KUALA LUMPUR -[DIKEMASKINI] Kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 1,739 kes hari ini berbanding 1,510 pada Sabtu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan kes tertinggi iaitu 535, diikuti Sarawak (443) dan Sabah 127.
Perkembangan terbaharu itu menjadikan kes terkumpul Covid-19 di negara ini berjumlah 360,856 kes.
AKAN MENYUSUL
Sehingga 11 April 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 1,739 kes (360,856 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 535 (120,055)
Sabah – 127 (55,797)
Johor – 67 (42,307)
WP KL – 96 (38,865)
Sarawak – 443 (20,001) 1/2
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) April 11, 2021