SHAH ALAM – Kes harian Covid-19 di Malaysia hari ini merekodkan 3,175 kes berbanding 2,641 pada Isnin.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini ialah sebanyak 2,792,035 kes.
“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://covidnow.moh.gov.my. Data harian laman CovidNow dikemas kini sekali gus selepas tengah malam.” katanya.
AKAN MENYUSUL
Pada 11 Januari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,175 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,792,035 kes.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 11, 2022