Home Koronavirus Kes meningkat, rakyat Kelantan perlu waspada: MB

Kes meningkat, rakyat Kelantan perlu waspada: MB

0
Kes meningkat, rakyat Kelantan perlu waspada: MB

KOTA BHARU – Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob mengingatkan agar rakyat di Kelantan sentiasa berwaspada dan meningkatkan kawalan kendiri berikutan peningkatan semula kes Covid-19 di negeri itu.

Beliau turut menasihatkan rakyat supaya mengelakkan dari daripada terlibat dalam aktiviti berkumpulan dan terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Menurut beliau, pada Selasa, Kelantan merekodkan kes harian sebanyak 915 kes iaitu tertinggi sejak penularan pandemik itu di negeri ini.

“Sama-sama kita berdoa dan munajat agar ALLAH memberi kesejahteraan dan keselamatan daripada wabak Covid-19,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Menerusi hantaran tersebut, Ahmad turut berkongsi laporan oleh Bernama berhubung kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) yang percaya bahawa varian Delta dilaporkan di Pasir Puteh sudah tersebar ke beberapa daerah seperti Bachok dan Tanah Merah hingga menyebabkan peningkatan jangkitan Covid-19 di negeri itu.

Kelantan mengesan kes pertama varian Delta membabitkan seorang wanita di Pasir Puteh yang disahkan positif pada 23 Julai lepas. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here