Home Koronavirus Kes meningkat, 15,902 direkodkan hari ini

Kes meningkat, 15,902 direkodkan hari ini

0
Kes meningkat, 15,902 direkodkan hari ini

PUTRAJAYA – Kes harian Covid-19 kekal melebihi 15,000 untuk dua hari berturut-turut dengan 15,902 dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes berkenaan sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negara ini meningkat kepada 996,393 kes.

Beliau berkata, Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes harian baharu dengan 7,351 jangkitan manakala Kuala Lumpur 2,406 kes.

“Johor merekodkan 804 kes manakala Sabah (712), disusuli Sarawak (261), Negeri Sembilan (625) dan Pulau Pinang pula merekodkan 505 kes,” menerusi ciapan di Twitter pada Sabtu.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here