Home Koronavirus Kes jangkitan varian Delta meningkat di AS

Kes jangkitan varian Delta meningkat di AS

0
Kes jangkitan varian Delta meningkat di AS

WASHINGTON – Amerika Syraikat (AS) baru-baru ini menyaksikan peningkatan kes jangkitan Covid-19 melibatkan varian Delta, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Untuk tempoh dua minggu sehingga 19 Jun kes jangkitan diramal meningkat kepada 20.6 peratus dan dijangka lebih tinggi di beberapa wilayah, lapor Agensi Berita Xinhua memetik laporan terkini CDC pada Jumaat.

Sebelum ini dalam jangka masa dua minggu berakhir 22 Mei kes varian Delta hanya 2.8 peratus, meningkat kepada 9.5 peratus dalam tempoh dua minggu berakhir 5 Jun.

Varian itu pertama kali muncul di India dan pantas merebak ke seluruh dunia. Dilaporkan 77 negara dunia telah terjejas dengan varian itu termasuk di United Kingdom (UK).

Pada 15 Jun, CDC mengkategorikan varian Delta sebagai Varian Yang Membimbangkan (VOC) kerana lebih mudah menular dan memberi kesan lebih serius.

Sehingga kini enam varian dikategorikan sebagai VOC di AS. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here