Home Koronavirus Kes harian Covid-19 melonjak kepada 17,045 hari ini

Kes harian Covid-19 melonjak kepada 17,045 hari ini

0
Kes harian Covid-19 melonjak kepada 17,045 hari ini

SHAH ALAM – Malaysia terus menunjukkan lonjakan jumlah kes baharu Covid-19 apabila sebanyak 17,045 kes direkodkan pada Ahad sekali gus menjadi jumlah harian tertinggi di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan keseluruhan kes positif yang dicatatkan melepasi tujuh angka iaitu berjumlah 1,013,438 kes.

Katanya, Selangor terus mencatatkan angka jangkitan harian tertinggi iaitu sebanyak 8,500 kes.

“Ia diikuti Kuala Lumpur dengan 2,045 kes, Kedah (1,216), Johor (950), Sabah (818) dan Perak (609).

“Pulau Pinang pula merekodkan sebanyak 573 kes, Negeri Sembilan (513), Pahang (424), Melaka (370), Terengganu (273) dan Kelantan (266),” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Menurutnya, tiga lagi kawasan mencatatkan jangkitan kes dua angka iaitu Putrajaya 50 kes, Labuan (21) dan Perlis (10).

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here