PUTRAJAYA – Kes positif Covid-19 di Malaysia kembali melonjak pada Selasa apabila merekodkan 16,117 kes berbanding 14,516 pada Isnin
Ia menyaksikan Lembah Klang masih menjadi penyumbang utama angka tersebut iaitu Selangor (6,616) dan Kuala Lumpur (2,457) kes.
Sebanyak 1,000 kes direkodkan di Kedah, Johor (907), Sabah (741), Melaka (674), Negeri Sembilan (669), Pulau Pinang (618), Kelantan (592), Perak (583), Sarawak (405), Pahang (403), Terengganu (317) dan Putrajaya (112).
Hanya Labuan dan Perlis mencatatkan kes baharu dua angka iaitu masing-masing 11 dan dua.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 1,044,071.
AKAN MENYUSUL