Home Koronavirus Kes di Sabah dijangka kekal tinggi beberapa hari lagi

Kes di Sabah dijangka kekal tinggi beberapa hari lagi

0
Kes di Sabah dijangka kekal tinggi beberapa hari lagi

KOTA KINABALU – Jumlah kes positif Covid-19 di Sabah dijangka kekal tinggi untuk beberapa hari, sehingga semua keputusan kes-kes positif yang tertunggak selesai didaftarkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, kesemua keputusan kes tertunggak adalah kes-kes yang didaftar lewat.

“Kes tertunggak adalah keputusan kes positif yang didaftar melebihi lima hari, setelah keputusan saringan diketahui,” katanya menerusi kenyataan malam ini (Khamis).

Masidi yang juga jurucakap rasmi Covid-19 Sabah berkata, 289 kes daripada kes baharu hari ini adalah kes-kes yang didaftar lewat, antaranya di daerah Kota Kinabalu dengan 188 kes, Penampang (58 kes) dan Putatan (40 kes).

Jumlah kes positif baharu Covid-19 pada Khamis adalah 2,583 kes, menjadikan jumlah kumulatif 113,929 kes dengan 11 kes kematian dilaporkan, iaitu empat kes di Tawau, tiga di Kota Kinabalu, dua di Keningau dan masing-masing satu kes di Ranau dan Tuaran.

Kategori dua pesakit kekal kumpulan terbesar dengan 1,449 kes, kategori satu (1,045 kes), kategori tiga (22 kes), kategori empat (tiga kes) dan kategori lima (lima kes). – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here