Home Koronavirus Kes Covid-19 turun, rekod 19,257 hari ini

Kes Covid-19 turun, rekod 19,257 hari ini

0
Kes Covid-19 turun, rekod 19,257 hari ini

PUTRAJAYA – Bilangan harian kes Covid-19 berlaku sedikit penurunan dengan merekodkan angka 19,257 kes setelah dua hari berturut-turut mencecah 20,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui Twitter miliknya memaklumkan, jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 1,243,852 kes hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan, Selangor kekal melaporkan kes tertinggi dengan 7,084 orang positif Covid-19.

Berdasarkan data, majoriti negeri dan wilayah merekodkan peningkatan kes iaitu Kuala Lumpur (2,450), Johor (1,182), Sabah (1,255), Sarawak (573) dan Negeri Sembilan (884 ).

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here