SHAH ALAM – Kes Covid-19 dalam negara berkurangan buat hari kedua berturut-turut, dengan sejumlah 5,304 kes dilaporkan hari ini.
Jumlah itu menjadikan jangkitan kumulatif meningkat kepada 657,508.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal menjadi negeri tertinggi angka harian iaitu 1,973 kes.
Ia diikuti Sarawak dengan 544 kes, Kuala Lumpur (462), Johor (363), Sabah (335), Negeri Sembilan (331), Pulau Pinang (256) dan Kedah 301.
Negeri lain mencatatkan angka bawah 200 iaitu Kelantan dengan 179 kes, Labuan (158), Melaka (145), Perak (121), Pahang (78), Terengganu (46), Putrajaya (7) dan Perlis (5).
AKAN MENYUSUL