Home Koronavirus Kes Covid-19 turun lagi, 5,293 direkod hari ini

Kes Covid-19 turun lagi, 5,293 direkod hari ini

Kes Covid-19 turun lagi, 5,293 direkod hari ini

SHAH ALAM – Kes baharu positif Covid-19 menunjukkan penurunan pada Ahad dengan 5,293 kes dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal melaporkan kes tertinggi iaitu 1,680 kes diikuti Negeri Sembilan (693), Sarawak (661), Johor (627), Kuala Lumpur (379), Perak (205), Melaka (183), Kedah (170), Kelantan (167), Sabah (163), Labuan (156) dan Pulau Pinang (114).

Menurut beliau, tiga negeri dan wilayah melaporkan kes bawah 100 iaitu Pahang (77), Terengganu (12), Putrajaya (empat) dan Perlis (dua).

“Jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan adalah 696,408,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

AKAN MENYUSUL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here