KUALA LUMPUR – Kes baharu positif Covid-19 di negara ini sekali lagi merekodkan penurunan apabila 4,949 kes dilaporkan hari ini berbanding 5,304 kes pada Ahad.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan negara ini sebanyak 662,457 kes.
Katanya, daripada jumlah itu, Selangor kekal mencatatkan negeri yang tertinggi dengan 1,523.
“Ia diikuti Sarawak (744), Kuala Lumpur (503), Johor (430), Negeri Sembilan (323), Sabah (273), Pulau Pinang dan Kelantan masing-masing merekodkan 214 kes,” katanya dalam ciapan pada Isnin.
Katanya, Perak merekodkan 136 kes, Kedah (199), Labuan (113), Melaka (119), Pahang (61), Terengganu (86), manakala Putrajaya (10) dan Perlis(1)
AKAN MENYUSUL
Sehingga 14 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 4,949 kes (662,457 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,523 (216,481)
WPKL – 503 (67,719)
Sabah – 273 (66,316)
Johor – 430 (65,069)
Sarawak – 744 (56,187)
N Sembilan – 323 (34,105)
P Pinang – 214 (32,324)
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) June 14, 2021