SHAH ALAM – Kes baharu positif Covid-19 mencatatkan penurunan apabila merekodkan sebanyak 4,611 kes baharu pada Isnin berbanding 5,293 kes pada Ahad.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu 1,346 kes diikuti Negeri Sembilan (437), Sarawak (682), Johor (314), Kuala Lumpur (310), Perak (435), Melaka (205), Kedah (182), Kelantan (219), Sabah (166), Labuan (130), Pulau Pinang (84), Pahang (50), Terengganu (18), Putrajaya (15) dan Perlis (kosong).
“Jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan adalah sebanyak 701,019,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
AKAN MENYUSUL
Pecahan kes baharu mengikut negeri, 21 Jun 2021. #COVID19#MenangBersama pic.twitter.com/XSouxKt5PD
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) June 21, 2021