Home Koronavirus Kes Covid-19 Sarawak kembali bawah paras 700

Kes Covid-19 Sarawak kembali bawah paras 700

0
Kes Covid-19 Sarawak kembali bawah paras 700

KUCHING – Kes baharu Covid-19 di Sarawak kembali menurun di bawah paras 700 pada Jumaat, dengan 652 kes berbanding 759 kes pada Khamis.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), pertambahan kes baharu tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di negeri itu kini 80,174.

Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 231 kes, Simunjan (84), Serian (65) dan Mukah (55).

“Pada hari ini (Jumaat) juga terdapat 680 kes yang telah pulih dan 6,858 kes masih aktif,” menurut JPBN dalam kenyataan pada Jumaat.

Tiada kematian serta kluster baharu direkodkan pada Jumaat. – Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here